
Ahad lepas kami menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh di Taman Metropolitan. Habis satu pusingan kami menjelajah taman tersebut yang sememangnya begitu luas. Selesai sahaja membakar segala lemak-lemak, kami bersarapan di McDonald's. Pertama kali bersarapan di McDonald's, (selalunye kat kedai mamak je) terserlah kejanggalan dan kekekokan kami. Seperti biasa, Een menunjukkan aksi kelam-kabut dan gaya tidak masuk akalnya. Dia meletakkan grape jam diatas burger. Apa lagi kami sekeluarga meledakkan tawa yang begitu kuat di restoran tersebut(semua orang pandang. Maluu!). Mungkin grape jam itu disangkakan cili atau tomato mungkin. Tapi itulah Een yang sebenarnya. Selesai bersarapan sambil bergelak ketawa, kami menuju ke IKEA (SALE!) untuk meninjau-ninjau sambil berjalan. Setelah membeli sedikit keperluan, kami pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat letih. Urat terasa hendak tercabut dan pinggang terasa sungguh sakit. Namun begitu, kami berasa sungguh gembira dan ceriaa.
No comments:
Post a Comment