Sunday, August 24, 2008

Ikatan kekeluargaan





Penaaat. Saat semakin hampir dengan majlis kenduri kahwin abang saudara saya, hanya itu sahaja yang mampu diucapkan. Segala persiapan harus diteliti dan dititikberatkan. Bermula pada Jumaat malam, kami kerumah kak long ( kakak first Mira ) untuk menghadiri majlis doa selamat sempena rumahnya yang baru diubahsuai sekaligus meraikan adiknya yang baru sahaja selesai mendirikan masjid. Saudara-mara dari kampung yang turut serta, memeriahkan lagi suasana yang sedia bising. Sungguh seronok dan meriah apabila keluarga dapat berkumpul. Oh, mereka semua merupakan keluarga sebelah ibu saya dan abang Mira yang baru melansungkan pernikahannya. Memandangkan kami rapat, jadi kami terpaksa be'kerja' pada hari perkahwinannya. Sebagai anak dara, tidak lain tidak bukan, kami terpaksa menjadi 'guard' dimeja bunga telur dan coklat daripada diculik oleh kanak-kanak yang suka makan coklat. Letih tidak terkata melayan pelbagai kerenah tetamu yang hadir. Alhamdulillah majlis akhirnya berjalan dengan lancar dan sempurna. Selamat Pengantin Baru Abang Chik dan Kak Yati.


No comments: