Monday, August 18, 2008

Rehatkan badan




Hah, cuti sekolah sudah bermula. Setelah penat memerah otak dan berjaga sehingga lewat malam hampir setiap hari pada minggu lepas, kini saya boleh merehatkan badan dan otak. Nikmat rasanya dapat mengqadha' segala tidur yang tidak cukup pada minggu lepas gara-gara menghadapi trial PMR. Cuti sekolah? Apa aktiviti? Oh,hanya berjalan di sekitar-sekitar sini saja. Pada petang sabtu yang lepas, kami mengelilingi kolam separuh siap di Sering Ukay. Cuma ingin merehatkan badan sambil menikmati keindahan ciptaanNya. Tempatnya sungguh cantik dan indah untuk dinikmati. Berjogging sekali-sekala tidah salah bukan? Malah mampu menyihatkan badan sekaligus mencerdaskan otak. Seperti pepatah Arab " Al-Aqlus Salim Fil Jismis Salim". Jadi, banyak-banyaklah melakukan riadhah agar badan sihat dan kuat.


No comments: