Sunday, March 29, 2009

Mak aihh

Cuti sekolah yang lepas, tengah main main komputer tu, tiba-tiba Ibu suruh saya tolong buat kerja sekolah Kajian Tempatan Matmir. Saya macam pelik sebab selalunya Ibu yang akan ajar die buat homework. Ibu bagi saya sehelai kertas, saya bacalah apa yang ada kat kertas tu.


PROJEK KAJIAN TEMPATAN
TAJUK : RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA

SOALAN : ANDA DIKEHENDAKI MEMILIH SATU DARIPADA JENIS-JENIS RUMAH DI BAWAH DAN BINA FOLIO MENGENAINYA.

1.Rumah Panjang
2.Rumah Bagan
3.Rumah Melayu Melaka
4.Rumah Minangkabau


KANDUNGAN:

1.Pengenalan jenis rumah
2.Sejarah rumah
3.Reka bentuk rumah
4.Keistimewaan rumah
5.Penutup
6.Sumber Rujukan


Ternganga jugaklah lepas baca kertas tu. Siap berteka-teki dalam hati lagi, 'Betul ke ni Darjah 4 punye?' Yelah, manelah tau kot-kot milik Tingkatan 4 kan. Rumah saya tu kan ade pelajar Tingkatan 4. Takut tertukar je 'tingkatan' dengan 'darjah'. Hahaha.

Dah macam agak lama tengok kertas tu sebab blur dan terkejut sangat, tiba-tiba kepala saya yang tak gatal rasa gatal pula. Tergaru-garu kepala saya dibuatnya. 'Eh betul ke ni?' lagi sekali saya tanya diri saya. Tak puas hati. 'Rasenye first time aku buat folio-folio ni, time aku Form 1. Itupun tajuk kacang jee, 'Sejarah Keluarga'. Tak payah guna komputer-internet semua. Ini DARJAH 4 dah kena guna internet kee?! Biar betul? Mak aihh.' Lama jugaklah saya bermonolog sorang-sorang.


Patutlah Ibu minta tolong saya. Ibu mana main komputer-komputer ni. Ibu pernah cakap, " Kalau Ibu duduk depan komputer tu, sure rumah bersepah. Leka je nanti. Lagipun Ibu bukannya reti komputer-komputer ni" Haaaa. Ini Ibu saya cakap yee. Bukan saya yang cakap. So saya tolong la jugak cari isi dan gambar sikit-sikit.


*****


Lagi satu cerita, time tu kat office Baba. Internet kat rumah mogok. Apa pasal pun tak tahu. Time tu pulak homework kena guna internet. Terpaksalah bermastautin sekejap kat office Baba. Matmir bawak buku homework Sains die. Saya buatlah kerja saya kat komputer tuu.


Dah dekat-dekat nak balik, kerja saya dah siap, Matmir datang bawak buku Sains die dan tanye saya " Kak Na, ni camne?". (soalan: name the process below)

Saya tengok la gambar kat buku die. ' Macam pernah tengok je gambar ni (gambar diaphgram keatas dan kebawah).' 'EH! Ni bukan proses inhale dgn exhale kee? Ni kan Sains F3? Aku baruuuuu je belajar tahun lepas bende nih. Takkan darjah 4 dah belajar bende ni kot?' monolog sendiri lagi. Termangu-mangu dan tergaru-garu lagi.

"Ermm macam mane nak cakap eh ," akhirnya saya bersuara setelah lama berfikir. Matmir setia menunggu disebelah saya. Serius cakap, saya tak tahu nak terangkan macam mana kat die. Kat budak DARJAH 4. Last-last saya cakap, "Ni inhalation. Ni exhalation." Bagi jawapan terus. Senang.


*****


Haish. Darjah 4 pun dah sama level dengan Form 3. Itu menunjukkan manusia semakin cerdik dan pandai. Persaingan pun makin hebatlah jadinya. Saya takut saya tak dapat masuk universiti je 2 tahun lagi bila persaingan makin hebat. Aiceh, fikir jauh kedepan nampak. Hahaha.

Moralnya, manusia makin cerdik, persaingan makin hebat. Bila persaingan semakin hebat, takkan usaha harini sama macam usaha tahun lepas? Takkan usaha murid Form 4 sama dengan usaha murid Form 1? Nak tak nak kena usaha lebih la kan. Baru boleh berjaya. :)


p/s : saya juga masih malas. tak percaya tengok markah ujian saya. ;)


7 comments:

Khalilah Alhuda said...

mak aih!!
kita kena BERUSAHA DGN LEBIH GIGIH DAN BERSUNGGUH2!!
supaya, kita dapat g oversea sama2..

ececeh.. gelabah la plak ana ni..huhu

kawan syireen said...

eh, kitrng dulu masa drjh 4 ada folio adat perkahwinan.haha.seronok je buat.
potong2 gambar dlm magazine. :)
sian matmir kene buat susah-susah.nasib baik ada kakak-KAKAK yang baik hati mengorbankan jiwa raga kan.

sairisya said...

huda: nak pegi oversea same2? masalahnye kte same kos keee?? haha. sorg prof sorg doktor. aiceh perasaaaaan. hahaha

sairisya said...

kawan syireen : hek eleee kawan syireen nii. haha. itula pasal. beruntung dapat KAKAK yang baik hati cmni. susah nak dpt n susah nak jumpe tau skrg ni. satu dlm seribu. haha gelabah

amran's daughter said...

HAHA!ni mcm kes kt jugak je.
hey kt pna buat jugak okeh bku skrap tu thn lpas!ahh sy dibuli oleh adek,trok btol.haha.
da le cegu bg da lame,tp ble last mnte bru suro org buatt.brr itu gelabah nmenye!haha.
then awk tau tak,smlm kt bru je siapkn adek kt pnye bku skrap kjian tmptn drjh 5.
cegu bg 10/3 tp 2 3 hr lpas bru die start buat.mcm biase la,sy jadi mngse keadaan!HAHA!da la kne buat psal iklim mlysia.
awk tauu!die mcm geo tym f3!hahaha!

sairisya said...

haha. nampaknye kte samelah kak rai oi. bertuaaahh adik-adik kite ek. dpt kakak mcm kte berdue nih. hahaha

Anonymous said...

bru drjah 4. haihh. dunia mkin lame mkin maju. mkin lame mkin pndai mkin lame mkin sengit pulork (persaingan nyer).takut2. ngee~