Okay saya malas nak tulis panjang-panjang pasal sembelih minggu lepas. Saya nak tulis sikit saja pengalaman saya sepanjang program tersebut. Sikit saja. Betul.


Semua datang sekolah dengan keterujaan lah hari Jumaat tu. Tak sabar nak menyembelih. So lepas dah tukar baju t-shirt jam 2.30 tu, Ustaz Usman merangkap guru PSI saya buat demo cara-cara nak menyembelih.


Then, setiap sorang ambil seekor burung puyuh. Comel betul 'mereka'. Hehehe. Saya pon ambil seekor juga dan saya terus membelai burung tersebut. Dia seakan-akan terlena dengan selesanya di tangan saya. Saya terus-terusan membelainya dengan penuh kasih sayang sepertimana seorang ibu membelai anaknya. Aiceeehh. Hahaha.
Sambil mengusap, saya pandang kiri dan kanan untuk melihat telatah rakan-rakan yang lain. Ada yang burung puyuhnya terlepas dan terbang. Apalagi, terbongkok-bongkoklah mengutip balik burung tersebut. Ada juga yang genggam burung puyuh tu macam nak dicekik-cekiknya burung tu. Takut terlepas kot. Hahaha.



Selesai melihat-lihat telatah rakan-rakan yang lain bersama burung-burung mereka, saya memandang kearah burung puyuh saya semula dan berkata, ' Hei, awak ni baiklah. Tak terbang sana-sini pon. Duduk diam jee. Saya sayang awak lah'. Heheh. Khas untuk burung itu saja yee.
Bila Syaza nampak burung saya berakhlak baik dan sopan-santun, dia sangat cemburu. Dan dia cakap, " Sae, orang lain semua pegang burung gune dua tangan. Nt pegang satu tangan jee. Baik betul burung yang nt dapat ni". Hahaha. Alhamdulillah.


Bila sampai masa untuk menyembelih, saya macam sayaaaaang sangat nak sembelih dia. Tapi saya buang rasa sayang tu jauh-jauh. Saya tau die suke kene sembelih. Awak suke mati syahid kan burung? Hehe. So saya pon sembelih burung tu dengan lafaz Bismillah. Dan lagi sekali dia menunjukkan akhlak mulia dah sifat sopan-santunnya itu, dia tidak meronta sama sekali ketika disembelih. Bagaikan rela dirinya disembelih.

Dah habis sembelih burung puyuh, saya tolong Far sembelih ayam. Dia teringin sangat nak sembelih ayam. So saya pon tolonglah pegangkan ayam tu. Lepas dah habis sembelih semua ayam, burung dan arnab, saya menggorengnya. Fuh sedap sungguh bau dia.
Memang susah nak dapat pengalaman yang menarik sebegini. Nasib baik dapat merasa. Sekali seumur hidup. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat.

4 comments:
fuyo. nti dpt burung baek tu. bes2 pglmn korg nie
pergh,arnab pon ade!hebat nihh.
kt dlu an,tgk dr jauh je.
hahaha.
tali : hehe. tula pasal. alhamdulillah. pnglmn skali seumur hidup.
raihana: haah ade arnaab! teringin nak sembelih, tp x dpt. bnn kebas sume. haha. tp nasib baik dpt makan. hehe.
hahaha.okehh,kt makan pn x pernah.
taknak lgpon!haha.mcm kesian je.dala comel.haha takbole takboleh.
Post a Comment