Wednesday, December 10, 2008

Langkawiiiwiiiwiii


Fuuhh akhirnya berkesempatan juga menceritakan percutian kami di Langkawi. Secara keseluruhan, semuanya okay dan menyeronokkan. Menghabiskan masa bersama orang tersayang semestinya seronok bukan? Di bawah ini serba sedikit coretan perjalanan kami sepanjang berada di pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri.


Isnin, Disember 1 :

Saya, Anis dan Anith bertolak ke sekolah jam 8.3o malam setelah menggoreng-goreng makan malam di rumah Anith dan bergilir-gilir menjaga Fariha yang comel bersama-sama memandangkan ibu Anith terpaksa bekerja hingga 11 malam.( kira lulus lah kalau nak jadi ibu. ;p) . Sekitar jam 9. 30 malam kami memulakan perjalanan kami ke Langkawi. Keterujaan kami mengakibatkan kami melelapkan mata hampir pukul 1 pagi. Hampir 5 pagi, kami tiba di jeti untuk menaiki feri. Solat subuh, tukar baju sekolah (tanpa mandi ;p) dan sarapan. Saya, Anith, Anis dan Wardah cuma memesan sekeping roti canai yang berharga RM1. Semua save duit nak shopping. Air? Cukuplah air mineral saja untuk pagi itu. Hahaha


Selasa, Disember 2 :

Setibanya di Langkawi, bas membawa kami ke pusat pemprosesan gamat. Tiada apa untuk dishoppingkan. Sekadar lihat-lihat. Cuma Far sempat menyambar dua botol bedak sejuk. Hahaha layaan. Seterusnya kami ke Makam Mahsuri. Tiket masuk RM5 yee. 'Hah? Kena bayar juga?.' Last-last kami menyemak di Gift Shop saja dan berlegar-legar di sekelilingnya. Duit tak cukup, nak buat macam mana.


Kemudian kami bergerak ke Underwater World. Ingat nak pergi menjelajah kedalamnya. Tak pernah jejakkan kaki kat situ. Sekali terdengar je harga tiket, mak aih RM 25. Niat terus dibatalkan. Cuaca pula sungguh terik. Akhirnya kami ambil keputusan untuk merasai kedinginan aircond dalam bas saja. Bergambar dengan posing yang entah apa-apa. Haha. Dah macam agak lama berposing, kami terasa ingin keluar berjalan-jalan diluar. Haishh pintu terkunci pula. Bermacam-macam spell sudah dibaca agar pintu tersebut terbuka. Tidak juga menjadi. Teperap la kami dalam bas tersebut.



Seterusnya kami ke Beras Terbakar. Okay kawan-kawan. Ini tak payah bayaar. Hahaha. Jadi kami pun menyingkap sejarah Beras Terbakar ini. Selesai bergambar, kami pulang ke bas. Sekarang masanya untuk ke cable car. Walaupun RM12 terpaksa dikeluarkan, tapi takpelah. Saya sungguh-sungguh teruja. First time niih. Kami terlihat abang handsome dari dalam cable car. Syi yang memperkenalkan kami kepada beliau. Memang handsome dengan hidungnya yang mancung itu. (gunung yang seakan-akan rupa manusia) Terpikaat! Hahaha. Niat ingin ke jambatan gantung hancur berkecai gara-gara shooting filem Bollywood yang diadakan disitu. Adoyaaaii.




Sampai di hotel, segarkan diri dan solat. Kemudian kami ke pekan. Malas rasanya nak bershopping malam itu. Jadi tujuan kami cuma satu. Makaaan! Perut sudah berkonsert dari tengahari lagi memandangkan lunch kami abaikan. So dinner kami bantai makan hidang. Tomyam untuk 5 orang makan, sayur kailan, udang goreng tepung untuk 3 orang makan dan ikan 3 rasa. Itu plan awal. Tiba masa untuk memilih ikan. Yang paling besar RM 60. Yang paling kecil RM40. So? 'Makcik. Ikan tu cancel lah. Bagi telur dadar 3 bijik cukup lah,' akhirnyaa. Menyantap lah kami 8 orang dengan begitu lahap. Muka happy je lepas perut kenyang. Sekali lihat bil, pergghh. Okay lah. Sampai di hotel, kami berkumpul ramai-ramai satu bilik. Semua pakat menempek bedak sejuk Far dimuka. Hahah. Bergelak ketawa sampai tak ingat dunia. Bergoncang katil semua. Yela tank kan dah isi penuh tadi. Semua bertenaga lah. Hahaha. Kami pulang ke bilik masing-masing ketika jarum jam hampir menunjukkan jam 12 malam.



Rabu, Disember 3 :


Okay hari ni aktiviti bebas sebebas-bebasnya. Pergilah mana korang nak. Tiada siapa kisah. Pagi-pagi lagi Syi aka adik bongsu kami mengejutkan kami dari tidur. Nasib baik Syi ada, kalau taak, subuh gajah lah kami. Sekitar 6.30, semua sudah selesai menunaikan solat subuh. Far dan Anith kembali merebahkan badan ke atas katil. Syi meng'sound' mereka. 'Tak elok tidur lepas Subuh.' ' Alah baring jela Syii,' balas Far. Saya menghidupkan televisyen. Ingatkan nak lihat Motivasi Pagi. Terlepas sudah. MHI yang tersiar. Lihat saja. Saya dan Syi menonton sambil berbaring. Akhirnya Syi tertidur. Saya juga kemudiannya. Anith dan Far jangan katalah. Lama sudah mereka pengsan. Pukul 7 pagi, kami bangun dan bersiap untuk bersiar-siar di sekitar Langkawi. Konon nak riadhah, keluarkan peluh. Jalan jalan sambil berposing (lagi!) sehinggalah sampai di pantai. Pantai itu dipagar sekelilingnya. Tak tahu nak masuk ikut mana. Kami peduli apa, kami ceroboh jua akhirnya ikut batu-batuan. Main2 pasir sehingga disound oleh polis yang berada disitu. Haishh nasiib. Menujulah kami ke hotel untuk bersarapan.



Selesai berdandan, kami menuju ke lobi. Avanza pak njang Anith sudah menunggu. Naik Avanza jimat duit. Freeee. Hahah. Avanza itu disumbat dengan 9 orang okay. Macam ikan sardin lagaknya. Takpelah. Kami sanggup asal duit tidak perlu dikeluarkan. Galeri Perdana menjadi destinasi pertama. Tiket berharga RM5. Segala hadiah-hadiah yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad dipamerkan disitu. Sungguh menakjubkan. Hampir setengah hari kami disitu, akhirnya kami menuju ke Langkawi Parade. Jalan-jalan dan shopping sikit. Kemudian ke pekan membeli coklat sebagai buah tangan untuk keluarga. Dan ke Awana Porto Malai. Subhanallah. Cantik sangat-sangat tempat itu. Apalagi, bergambarlah kamii. Hahah. Kemudian ke Pantai Cenang. Juga tidak melepaskan peluang bergambar semahu-mahunya. Sekarang masa untuk pulang. Sebelum itu, Pak Njang belanja kami cendol pulut. Kami saaaaayang Pak Njang. Sehari bersama Pak Njang begitu seronok. Pak Njang begitu sporting dan best! Okay masa untuk pulang. Saya diriba Far dan Nu' diriba Syaza. Kami pun berangkat pulang menaiki Avanza biru. Tiba di traffic light. Saya menghadap keluar tingkap sambil bersembang-sembang. Tiba-tiba kereta disebelah berhenti dan orang didalamnya terkekeh-kekeh ketawa. Saya yang paling hampir sekali dengan tingkap dan yang paling jelas diriba orang perasan pada mulanya dan segera memalingkan muka ke hadapan. MALUUU! Hahaha. Sarah akhirnya perasan dan mengatakan orang tersebut mengira bilangan kami dengan jarinya. Semua sudah tergelak geli hati. Pak Njang mengangkat kedua-dua tangannya menunjukkan 10 orang dalam kereta kami. Ketawa terburai lagi. Sebelum berpisah, orang tersebut melambaikan tangan kepada kami. Hahaha.



Malamnya kami keluar beramai-ramai ke pasar malam. Memandangkan malam semalam kami sudah makan besar dan habis duit, malam ini terpaksa ke pasar malam saja. Hahaha. Sebelum itu, kami ke Haji Ismail Group. Mencari hadiah untuk Pak Njang. Akhirnya kami 9 orang sepakat
mengeluarkan duit masing2 untuk Pak Njang. Selesai semuanya, kami pulang ke hotel. Berkumpul satu bilik juga dan makan beramai-ramai sambil menonton TV. Habis makan, berperangai gila-gila lagi sehingga larut malam. Esok kami akan berangkat pulang. Sediiih.


Khamis, Disember 4 :


Pagi yang sangat kelam-kabut! Kami
hampir tertinggal di Pulau Langkawi. Pagi seperti biasa dikejutkan oleh Syi. Tapi semua tidak kembali melelapkan mata kerana terkena sumpahan Syi. Sumpahan apa? Rahsiaa. Hanya bilik 311 saja yang tahu. Hahahah. Dan kerana sumpahan itu jugalah kami sempat bersiap awal dan bersarapan. Tidak seperti bilik-bilik lain yang ada lagi penghuninya yang belum mandi dan akhirnya tidak sempat bersarapan. Banin semua sudah berada di atas bas. Kami pula terhegeh-hegeh bersarapan dan ada juga yang masih belum turun dari bilik. Semua bengang saja. Kami diberitahu pukul 9 baru naik feri. Nah, sekarang apa? Rupanya kami akan menaiki feri jam 7.30 pagi. Kami tidak bersalaah! Kami tidak diberitahuu! Orang yang sepatutnya diamanahkan oleh cikgu untuk mengkhabarkan berita ini kepada kami juga tidak menjalankan amanahnya. Sehingga kami dimarahi cikgu. Muka semua masam saja. Ditambah pula dengan pakcik yang berteriak-teriak menjerit kearah kami. Sungguh mengjengkelkan. Kasut ni rasa nak melayang je kearahnya. Huhh. Sampai dijeti, sekali lagi! "Eh feri ni tak tunggu kamu tahu tak! Cepat sikit" jerit pakcik itu lagi. Terkocoh-kocoh kami berlari kedalam sambil hati membara menyala semualah. Ingatkan feri dah nak berlepas. Tidak okay. Malah kami menunggu hampir setengah jam lagi. Sakiiit hati yang teramat sangat!

Naik bas dan berangkat pulang ke KL. First2 semua tidur. Penat badan dan penat otak gara-gara kejadian pagi tadi.
Selepas berhenti di R&R, lunch dan solat, kami bersikap agresif didalam bas. Satu saat tidak pernah sunyi dari bercakaaaap saja. Kami sedar, masa semakin suntuk untuk kami main dan gurau bersama-sama. Mana tahu, lepas ni ada yang tercampak ke mana-mana kan? So kami memanfaatkan segala masa yang ada dalam bas. Bisiiiing gila rasanya. Maaflah ye banin. Hahahaha. Bermula dengan konon-konon proses akad nikah. Sape punya idea entah. Hinggalah ke proses penceraian. Semuanya kami lakonkan. Siap dengan selendang dan cincin lagi. Hahahaha. Kenangaaan. Akhirnya kami pun penat. Saya mahu tidur. Mereka tidak benarkan. Kejam sungguh. Kemudian kami melalak, tapi slow jela. Mimimg lagu favourite Syi, lagu Amy tuh. Hahahahah. Bertangkap gambar sambil gelak-gelak. Akhirnya sebab tak tahan dengan lagu yang dipasang dalam bas, kami 4 orang teman sebilik berkaraoke slow-slow. Yalah mana taknya, dari awal perjalanan hingga akhir, asyik lagu yang samaaaa saja. First2 tu boleh la tahan. Last2 pening nak mati dengar lagu yang sama. So, kami menyanyilah lagu dari handphone saya sama2. 2 kerusi untuk 4 orang. Far riba Anith. Syi riba saya. Menyanyilah kami sehingga sampai ke sekolah. Hahahaha.





Percutian yang sangat menyeronokkan. Walaupun bengang pada hari terakhir. Hahaha. Sayaaaaaaaaaaang mereka sangat-sangat! :). Gambar banyak lagi. Tak muat nak sumbat kat sini. Banyak sangat tersangat lah.


3 comments:

Anonymous said...

setiap pengalaman tuh mmg ada yg pahit tp hargai kenangan kita bersama2 dgn org2 yg kita sayang n rapat..sbb mgkin lepas ni da x de pluang len yg sama spt yg kita lalui sblm nih..

syifa' kamarudin said...

sumpahan yg bagos hahaha....

sairisya said...

sangat bagus! sampai satu bilik kene. nasib baik satu jee. klu sume bilik yg kene cmne? tinggal kat langkawi tulaaa jwbnyeee. hahahaha