Rasa-rasanya Aidilifitri baru sahaja disambut, tup tup Aidiladha sudah muncul. Cepat betul masa berlalu. So, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa pulang ke kampung baru-baru ini untuk melihat ibadah korban dijalankan.
Hampir setiap pagi dikejutkan dengan bunyi helikopter yang nyaring. Aduh, bingit sungguh telinga. Tidur saya terjaga gara-gara bunyinya yang bisa menggegarkan jantung itu. Huhh. Jadi keputusan untuk pulang ke kampung boleh mengasingkan saya sebentar dari semua itu. Tenang dari kehidupan di kota.
Selesai menunaikan solat raya dan menjamah sedikit makanan setelah pulang, kami segera ke padang. Kali kedua menyaksikan ibadah ini dilakukan membuatkan saya begitu teruja. Kali ini, kami menyaksikan dari awal proses hingga akhir. Dari awal lembu-lembu itu disembelih, hinggalah ianya dikerat-kerat menjadi potongan yang kecil. Ngeri tak ngeri kami tolak tepi. Pengalaman menyaksikan dengan dua biji mata kami sendiri memang puaas.
Di bawah ini saya selitkan beberapa gambar yang kami tangkap. Amaran kepada sesiapa yang ada sakit jantung ke, lemah semangat atau athsma sekalipun, makan ubat dulu okay? Hahaha.
Geli bukan? First time tengok perut lembu secara live. Besar, lembik dan gelii! Ya Allah. Masih terbau-bau bau hanyir yang sangat menusuk hidung, masih terbayang-bayang cecair hijau yang keluar saat perut itu dibedah. Sangat meloya dan memualkan tekak. Meremang bulu. Hahaha. Tapi saya kira, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik.
2 comments:
ak apa nak geli..
bende biasa..
itu baru tengok dr tepi..
kalo tolong sembelih skali lg best..
pengalaman dia lg "gila"..
saya dah penah tolong pak cik tuh menyembelih lembu..
mmg best..
terase badan lembu tuh gegar2..
taik terkeluar apabila lembu tu menahan sakit ketika disembeli..
wow..
eh fikir laahh. takkan perempuan nak sembelih lembu koot. kerja gila.
Post a Comment