Thursday, November 13, 2008

MPT5



Hah. Semua pun dah tulis tentang Majlis Perpisahan Tingkatan 5. Saya saja yang ketinggalan dan terlewat gara-gara internet yang tiba-tiba melancarkan mogok hampir seminggu. Mati kutu dibuatnya di rumah bila internet tidak berfungsi. Kawan-kawan dari kalangan G4Squared sudah pun melahirkan rasa bangga kerana majlis yang dihandle mendapat respons yang positif. Jadi saya tidak ingin mengulas panjang-panjang. Sejujurnya tak pernah terlintas dihati untuk memegang apa-apa jawatan untuk majlis tersebut. (siap plan nak lepak kat tandas lama-lama sikit). Tapi apakan daya, semasa undian dibuka untuk AJK Sambutan dan Kostum ada juga mulut yang gatal menyebut 'SAE' kan? Menjadi penolong kepada Nik Aiman sememangnya menguji kesabaran dan menyebabkan tekanan jiwa. ( kalau tak percaya tanya Anith). Tapi secara keseluruhannya okay la kot. Cuma sedikit kecewa abang-abang Form 5 kami tidak berjubah seperti dalam bayangan kami selama ini. Namun semuanya hilang apabila Nik mengatakan bahawa mereka yang dirai dan sepatutnya kemahuan mereka dituruti. Setakat itu sahaja yang ingin dikongsi. Cerita sudah basi. ;)


Transformasi :

6 Nov. Khamis malam. 4.30 ptg-10.30 mlm. Bertungkus- lumus mengerah segala keringat dan tenaga yang ada untuk menyiapkan segalanya. Mula-mula buruk saja.





7 Nov. Jumaat , majlis berlangsung. 7.30 pg-12.30 tghri (BNN + BNT). 1.20 ptg-2.30 ptg ( BNT)
. Cantik sudah pentas kami





Finally! Siap jugak! Pondok buruk yang pada awalnya telah bertukar menjadi sebuah istana yang indah akhirnya. (hantam saja. sukati.haha)


2 comments:

ateeqah said...

erm thu x pe..mmg pnt tp akhirnye terbalas jue sume kepenatan..n gembira cgt.lepas ni blh buat catering..
nme catering Al-amin catering
okis

sairisya said...

yeah btol btol. sape nak buat tempahan pelamin boleh. catering pon boleh. calling calling kte saje kan? haha