Huh. Akhirnya dapat juga main-main pantai, tenangkan fikiran setelah bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menghadapi PMR dan PMRI. Sekarang barulah boleh bernafas dengan lebih mudah. Alhamdulillah. Sehari setelah selesai menjawab kert
as Tasawwur Islami 2 yang merupakan kertas terakhir kami, Ibu dan Baba mengambil keputusan untuk ke Penang memandangkan kami perlu menghadiri satu kenduri pada hari Sabtu di Kedah dan satu lagi pada hari Ahad di Permatang Pauh. Sampai di Kedah, saya dan Anith bersama-sama ke rumah pengantin memandangkan kami kenal dengan pengantin tersebut. Weeee dapat main dengan Fariha. Gembira tak terkata! Tapi Fariha tidur pula sepanjang majlis tersebut. Saje je kan awak Fariha? Takpe takpe. Selesai mengisi perut, kami berpisah. Saya sekeluarga terus ke Penang manakala Anith dan keluarganya pulang ke kampung.Sampai di Penang, semua hotel penuh! Semua India kebas. Huh takut betul takde tempat tidur. Akhirnya lagi 5 minit nak masuk Maghrib, kami check-in di Hydro Majestic Hotel. Itupun dapat tingkat atas sekali. Tingkat 12. Ambil sajalah. Badan dah melekit, kepala dah pening, redah saja.

view from our room. nice kan?
Pada keesokan paginya, awal2 pagi lagi Matmir sudah terjun swimming pool. Tak cukup swimming pool, laut pula menjadi destinasi. Saya dan Een hanya memerhati. Nak terjun sekali? Oh no. Thanks. Walaupun dah macam agak lama tak minum air pool, tapi terima kasih jela. Hmm. Tapi Een mana boleh duduk diam begitu saja. Akhirnya dia join Matmir bina sand castle di tepi pantai. Saya? Matmir sibuk suruh tangkap gambar die. Jadilah saya jurugambar tak bergaji.




Pada petangnya, setelah menghadiri kenduri, kami pun berangkat pulang ke rumah. Tak puas lagi sebenarnya bercuti, tapi disebabkan Een dan Matmir yang akan menghadapi peperiksaan, kami terpaksa pulang dengan segera. Jika diikutkan hati, memang tak nak pulang. Tapi nak buat macam mane kan? Mentang-mentang tak periksa, suka hati pula.
4 comments:
bestnye!!
ish syireen ni, nk exam pulak die.sian awak x boleh cuti lame-lame kan.lenkali kite kene buat bantahan beramai-ramai.kami tidak mahu exam! hahaha.tp krng bes ah..tunggu dpt 9a je.hehe..(amiin)
-sakinah-
sae..u ade bkt la sbgi photographer..hehe..tgk la sape cg dia..hehe..nt pndi cari angle..troskan usaha..
ye btol. semuenye bermula saat tangan meng'klik'-'klik' SLR cg. rindu SLR tu. da lame x maen. ana rindu die cg.
Post a Comment