Sunday, November 16, 2008

Kasih seorang ayah



Hujan semakin lebat mencurah-curah turun ke bumi bagai beradu tenaga antara satu sama lain lagaknya. Angin bertiup dengan sungguh kencang seperti ingin memusnahkan segalanya. Di langit, kilat sabung-menyabung, petir juga tidak kurang hebatnya memanah ke bumi.

Seorang bapa dan anak perempuannya yang basah kuyup bermandikan hujan, dilihat berlari-lari kecil menuju kearah sebuah jambatan. Hari semakin lewat, langit perlahan-lahan akan berubah warnanya pada bila-bila masa saja. Mereka perlu segera pulang kerumah sebelum langit benar-benar gelap.

Si bapa melihat air sungai yang deras dan ganas terbentang di depan matanya. Kemudian dia memandang kearah jambatan kayu dihadapannya. Biarpun beberapa batang kayu pada jambatan itu telah kopak dan reput, mereka perlu melintasinya. Tiada jalan lain lagi. Ya, hanya itu saja satu-satunya jalan.

Si bapa memandang anak perempuannya yang menggigil sambil mengetap gigi kerana menahan kesejukan yang amat.

Si bapa : Sayang...pegang tangan ayah kuat-kuat.

Si anak : Tak mahu! Ayah yang kena pegang tangan saya kuat-kuat.

Si bapa : ( Terdiam ) Ah.. kan sama saja tu.

Si anak : Tak sama ayah. Kalau saya pegang tangan ayah dan terjadi apa-apa pada saya, saya takut saya mungkin terlepas tangan ayah. Tapi kalau ayah yang pegang, saya tahu walau apa pun yang terjadi, ayah takkan lepaskan tangan saya.


2 comments:

Khalilah Alhuda said...

best2..
walaupun simple!

ateyyyy said...

sae..
citer ni buat ana nak nanges..
best2..