
Selesai solat terawih 8 rakaat seperti kebiasaannya ceramah akan menjadi halwa telinga. "Biar banyak sikit pengisian rohani tu", kata Baba. Ikut dan dengar jelah walaupun PMR semakin hampir. Subjek F1 dan F2 tidak diulang lagi. Angkut juga ke surau dan buat latihan sikit-sikit sambil telinga menangkap butir bicara yang disampaikan oleh penceramah dihadapan. Pada suatu malam Ramadhan kami berterawih di Surau Al-Khautar di Wangsa Melawati. Malam tu kepala terasa sangat berat dan berpusing-pusing. Terus saja saya menyandarkan diri dan memejamkan mata didinding berdekatan selesai 8 rakaat didirikan. Buku latihan dibiar berada dalam beg. Terdengar juga tazkirah bertajuk "Siksaan api neraka" yang disampaikan.
*****
"Di satu neraka terdapat 70 000 lembah. Setiap lembah terdapat 70 000 lorong. Dan setiap lorong itu ada 70 000 rumah yang besar. Setiap rumah yang besar itu pula terdapat 70 000 rumah kecil dimana di setiap rumah kecil itu terdapat 70 000 perigi. Dan di dalam setiap perigi itulah wujudnya 70 000 ekor ular. Dan setiap ular itu mempunyai 70 000 sengat yang tugasnya tak lain tak bukan menyeksa manusia saban hari",kata penceramah itu.*****
Hanya itu yang sempat ditangkap oleh telinga saya. Selebihnya saya sudah termasuk ke alam lain akibat terasa kepala dicucuk-cucuk dengan sesuatu. Jadi? Jangan setakat lihat dan baca saja. Ambil pengajaran dan iktibar yang ada. Betapa ramainya manusia yang akan menghuni NERAKA. Dan betapa dahsyat dan ngerinya azab dan balasan yang telah Allah sediakan untuk hambanya ang ingkar. Mahukah kita tergolong di dalamnya? Yang diseksa saban hari, setiap detik, setiap saat tanpa diberi rehat walau sekalipun? Nauzubillah. Jika "NERAKA" itu diganti dengan "SYURGA", ia bukanlah satu masalah yang besar. Gunakan akal yang Allah berikan kepada kita.
No comments:
Post a Comment