Saturday, September 20, 2008

Kiamat?



8.30 selepas azan Isya' berkumandang, buku teks KHB dibaca di atas katil. Jenis wayar, paip, eletronik dan sebagainya menyapa mata dan melekat di ingatan. Habis satu bab, bab seterusnya menjadi sasaran. Baca, baca dan terus baca. Sehingganya saya tertidur di atas keempukan tilam dan kesejukan angin malam.

Shuuuuu..... Fuuuu.....

10 minit sebelum jam beranjak ke 3 pagi, angin di luar tersangat kuat. Saya terjaga dari tidur. Lampu yang terpasang membuatkan mata saya terasa sakit. Saya terus meluru ke tepi tingkap yang terbuka sedikit. Angin yang kuat menghempas tingkap saya dan membuatkan bunyinya sangat mengerikan dan menggerunkan. Tingkap yang terbuka segera saya tutup. Ketakutan segera menerpa didalam diri. Istighfar dibaca berulang-ulang kali memohon ampun dariNya andai hari tersebut sudah tiba masanya seluruh manusia dan alam dihancurkan. Pokok pisang ibu diluar terhuyung-hayang dan daunnya yang ditiup angin kencang membuatkan diri saya menggigil.

Dumm! Serasa terdengar pintu bilik Een yang baru ditutup. Saya segera kebiliknya yang terletak disebelah bilik saya. 'Kuatnya angin', kata Een sambil menutup telinganya dengan tangan kerana takut akan bunyi angin diluar. 'Een takuut', kata saya. Jantung terasa hendak keluar dari tempatnya. 'Eeeii macam mana kalau kiamat?', tambah Een lagi. Air mata sudah mula bertakung dikolam mataku. Istighfar dibanyakkan lagi.

Kami keluar keruang tamu. Baba muncul sejurus kami keluar. 'Eh kenapa tak tidur lagi?', soal Baba. ' Takut Baba', balas saya. ' Eish dah dah. Pegi tidur. Istighfar mohon ampun banyak-banyak kat ALLAH', Baba kata. Kami masuk kebilik kami masing-masing. Een segera kebilik air dan bersolat. Saya kekatil dan cuba melelapkan mata memandangkan esok sekolah. Di atas katil, air mata perlahan-lahan mengalir ke pipi. Sungguh-sungguh saya takut. Tak dapat dibayangkan andai kiamat terjadi.

'Ya Allah tolong jangan hari ni', doaku dalam hati. Saya tidak bersedia sama sekali. Air mata terus mengalir sehingga akhirnya saya tertidur didalam tangisan. Angin diluar semakin lama semakin reda dan membuatkan tidur saya terasa lena. Beberapa minit selepas itu, perkara yang sama terjadi. Sekali lagi saya terjaga dari tidur. Saya hanya mampu beristighfar pada saat itu. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan. Akhirnya saya tertidur kembali sehingga pagi esoknya.



Boleh bayang kalau ia terjadi kat diri sendiri? Satu je nak tanya. Amalan dah cukup? Dah bersedia nak hadapinya bila-bila masa saja? Fikirkanlah.



No comments: