Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Rasanya dah hampir setengah tahun tak update blog ni. Siap privatekan lagi dari semua orang sebab malu sangat tak update. Hehehe maaf. Tapi hari ni terasa nak membuat sesi curhat (curahan hati) pulak tiba-tiba dekat sini.
Bila kita tercampak ke satu dunia yang sangat-sangat asing dan tak pernah kita lalui sebelum ini, time tu la baru kita tahu betapa kita ni sangat lemah dan kita sangat-sangat memerlukan Allah dalam hidup kita. Secara jujurnya saya cakap, saya tak rasa benda ni time saya dekat sekolah. Mungkin sebab dari kecik sampai Form 5 kita dah hidup dalam bi'ah sebegitu. Ala macam orang selalu kata, bila dah takde sesuatu benda tu barula kita nak appreciate sangat-sangat benda tu.
Saya tak pernah menangis sebab homesick sepanjang seminggu duduk disana, maybe sebab rumah dia tersangat selesa so tak teringat dan rindu sangat kat bilik kat rumah, hehe. Tapi saya selalu pendam rasa sedih dan nak menangis tu sampai satu hari saya menangis dalam bilik bila saya lihat dan teringat keadaan disekeliling saya time tu. Sedih sangat sangat sangaaaat tak tahu nak cakap apa dah. Dan setiap masa saya rasa berdosa hidup dalam situasi tu. Yelaa, baru tahu dan rasa betapa lemahnya iman kita bila kita nampak maksiat, tapi tak mampu nak tegur.
Mungkin inilah masanya nak praktikkan apa yang kita dah ambil kutip simpan telan dulu kat sekolah. Saya rasa sangat berat dan saya rasa saya tak mampu. Tapi takpe, bak orang kata kita pelan-pelan kayuh. Tapi huwaaa seram jugak tiba-tiba saya pun join the club. Uish, minta dijauhkan :S
Okay tu je nak cakap sebenarnyaa. Haha tak update dekat setengah tahun, sekali update pendek je post dia. Huahaha membazir karan jeee. Kejap, apesal saya rasa ayat saya kat atas tu macam skema sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat. Waaaa tak sukaaaaaaaaaaaaa. Aaa apa-apa laaa.
Setakat ni dah berjaya mendaki tangga maut / tangga-tangga kejayaan / tangga-tangga ke syurga ni sebanyak 3 kali ! First time nak naik dalam hati, ' Mak aih boleh ke nak daki naik 284 anak tangga ni. Tak mati kee. ' Alhamdulillah hidup sampai sekarang hahaha. Meh la datang lawat saya, boleh merasa naik tangga nii :D
Puncak Alam ni sangat indah permai lagi tenang tempat dia. Kalau boleh saya nak angkut kawan-kawan sekolah saya duduk sini. Sebab kalau suasana dia macam kat Al-Amin and semua orang-orang dia macam kat Al-Amin, SERIOUSLY SAYA CAKAP SAYA TAK BALIK RUMAH DAH PUN TAKPEE. Takde homesick-homesick, confirm. Bahagia sentiasa ada. Haha gelabah disitu.
Okay dah cukup, assalamualaikum.
2 comments:
eh eh, sekarang saya pun rasa awak dah matang lah SAIDATUL!
Takyah gelabah sampai macam tu sekali eh haha :P
Post a Comment