Friday, October 9, 2009

BASIKAL




Salam. Cuti raya baru seminggu yang lepas. Sekarang cuti PMR pulak. Agak pack, bersusun beratur lah jugak aktiviti cuti kali ni.

Rabu : tahfiz.
Khamis : masak dengan ahli usrah, tahfiz
Jumaat : kelas fizik, tahfiz

Sabtu: KONVOI RAYA (saya tak tau pun konvoi tu apa. saya ikut je huda cakap. hehe)



Tajuk macam tak kena pada tempat sangat. Perkara normal lah tu kan. Heh. Tapi yang pasti, semalam tercapai juga harapan nak naik basikal setelah hampir 10 tahun tak naik! Rasa macam taknak lepas je basikal tu, nak bawak balik sambung main kat rumah. Hehe.

So semalam seperti yang telah tertulis di atas nun, saya, Ai
syah, Nu'aimah, Syaza dan sepatutnya Nabihah sekali (tapi dia sedang bercuti di Sabah), Anis dan Hannan
( sekarang dah jadi NC) dan Husna (di MRSM sekarang).
Sedikit sejarah usrah Cikgu Azizan. Dari 8 orang dah tinggal 5 je sekarang. Tapi sebab bilangan yang sedikit inilah, kami amat rapat.

Lebih kurang 11.30 pagi, kami semua dah berkumpul dirumah Syaza. Pam tayar, basuh dan bersihkan sikit, jemur sampai kering, dan sek
arang kami dah bersedia untuk kerumah cikgu! Nasib baik basikal Syaza ada 4. Cukup sorang satu. "Kak, nak pergi jelajah dunia ke?", tanya seorang budak yang baru balik dari sekolah dari dalam van. "Haah, byee", selamba saya jawab sambil melambai. Haha tak malu, hish.



Sebelum kerumah cikgu, Cik Aisyah kita seperti biasa lupa nak bawa barang. So terpaksa lah singgah di kedai dulu. Kemudian, kami jalan-jalan sekitar taman. Lihat rumah orang tu, rumah orang ni. 1.30 petang kami sampai dirumah cikgu. Solat dan rehat sekejap, pukul 3 kami start. Syaza masak makaroni bakar. Nu' buat kek. Saya goreng popia ketam. Aisyah blend ice blended chocolatae die. Pukul 3 mula, pukul 6.30 baru habis. Lama tak lama. Mana taknya, diselang-seli dengan makanlah, bergosiplah, buat spotcheck kat myspace dan facebook lah, dan macam-macam.



Lepas makan dan solat maghrib, kami bertolak pulang kerumah Syaza dengan basikal. Huh, lepas makan terus exercise. Sure badan sihat. Hehe. Aisyah cuak balik malam-malam sebab basikal dia ada macam tempat letak baby kat belakang. Dia takut tiba-tiba ada orang duduk kat belakang. Hahaha sengaal. Tapi serius seronok sangat-sangat. ;)

Balik rumah ;

"Baba. Beli basikal, ba", muka sengih macam kerang busuk.
" Nanti repair je basikal lama tu. Beli satu nanti kang, mana cukup", balas Baba.

Basikal 10 tahun yang lepas tu nak direpair? Tayar yang dah pecah, hancur lunyai kucing dok cakar sana-cakar sini? Ha, baiklah -_____-


4 comments:

Rosbee said...

bestnyaaaaaaa !

amzyami said...

Haha, ana cakap dekat ayah ana;

"Abah, nak beli basikal!"
"Okay, jom."
"Abah, kita serious ni tau."
"Abah pun serious."

Tapi sampai sekarang ana nantikan basikal. Haha, bila tanya balik,

"Awak tu dah besar. Nak cycle sampai ke mana je."

Hancur hati.

sairisya said...

rosbee : nabihah, lain kali kita buat lagi. hee

mirer : eh, orang besar tak boleh cycle eh? haha, mari kita sama-sama berdoa. manala tau kut basikal jatuh dari langit ke suatu hari nanti. haha

isyah said...

hahaha.lucu betul mereka ini.
eh,sae!
nt lupe letk resipi syiii laa.
huaxD