Tuesday, July 28, 2009

Banyak songeh


12 tahun lepas, di meja makan kediaman Encik Shazri dan Puan Saripah

"Adik, cuba rasa ni. Sedaaap," kakak sulung saya memulakan plannya.
"Haah, sedap sangat. Makanlah rasa," kakak kedua saya sudah join sekaki.
"Apa ni?" sambila melihat apa yang cuba dipromosikan oleh kedua-dua orang kakaknya dengan bersungguh-sungguh. Sejenis makanan berbentuk bulat besar, leper dan berwarna kuning keemasan menyapa mata.
"Ni namanya tempe goreng", terang kakak saya sambil tersenyum menahan ketawa.
"Ouuhh", tangan dah mula mencapai sedikit dari 'tempe goreng' yang nampak menyelerakan itu. Akhirnya tewas dengan promosi yang dilancarkan oleh kedua orang kakak saya.
"Sedap tak?" tanya kakak.
"Sedap," jawab saya pendek.
"HAHAHA! Itu telur dadar lah. Yeay, adik makan telur!" tekekek-kekek mereka ketawa.
"Ouh yeke?" muka dibiarkan cool tanpa perasaan. Padahal dalam hati menggerutu marah.

Okay, itu cerita kali pertama saya makan telur setelah diperdaya oleh kedua orang kakak. Sejak kecil saya memang benci benda bujur berkulit coklat itu. Sampai begitu sekali mereka terpaksa menipu dan berlakon agar saya memecahkan rekod menelan telur. Sebelum itu, saya sangat ANTI dengan benda bujur tersebut. Lagi-lagi dengan telur rebus yang dimakan bersama nasi lemak atau diberi ketika majlis perkahwinan sebagai bunga telur.

Tetapi sejak peristiwa di atas berlaku, saya sedikit boleh menerima kehadiran telur. Tetapi kebencian terhadapnya tetap ada. Buktinya, saya hanya makan TELUR PUTIH saja. Tekak saya tidak dapat menelan bahagian telur yang berwarna kuning itu. Apabila terpandang saja warna kuning telur itu, serta-merta tekak terasa mual, perut serasa ingin memuntahkan segala isi yang ada. Maka apabila saya menggoreng telur mata kerbau, saya akan menghabiskan telur putih di sekeliling telur kuning dan meninggalkan ia sendirian di tengah-tengah . Sama ada kakak saya ambil dan masukkan kedalam mulut, atau tempatnya di tong sampah. Begitu juga halnya dengan telur masin. Bahagian jingga tidak pernah diusik.

Namun, jika telur itu digoreng sekali bahagian kuning dan putihnya, itu saya boleh terima dan makan kerana kedua-dua bahagian itu tidak dapat dipisahkan lagi. Misalnya, telur dadar. Pelik? Senyap. Mungkin kerana bahagian telur kuning yang lembik dan berlendir yang sering membuatkan diri ini fobia dan geli, sudah sebati digoreng bersama telur putih kot. Hehe.

p/s : katalah apa nak kata. asal blog saya terisi. hehe

15 comments:

Anonymous said...

hahaha..tringat ari tuh nt cite live kisah nih..lawak sgt...erm felek tp x sgt..cehh..erm new template..alamak cam template nih x mggambarkan diri nt la....come on..mana pink...

sairisya said...

haha sengal lah cg. ape pelik tp x sngt? haha

pink takde yg menarik hati lah cg. sume huduh je. hehe

oma said...

tuh maknenye ajal dah dekat tu..

sairisya said...

hah? kenapa ajal dah dekat plak? tak faham

Anonymous said...

oww..pe kate nt try kaler royal blue..mesti cun..

Syah Shaz said...

Cik Adik, mana ada orang cakap 'tempe goreng' la... Orang cakap keropok goreng....

Sheezazrin said...

Dengar kata kakak mu tu....keropok goren laa bukan tempe goren....ishhh tell story la tuh

Anonymous said...

adik..tempe goreng dgn keropok goreng len ehh..flash back.."sae x leh bezakan keropok dgn tempe dgn telur"..ok2 tym uh 4 tahun..

sairisya said...

kakak : eh keropok eh kakak cakap? bukan tempe keee? time tu kan ibu first time masak tempe. orang ingat lagii.

maksu : ei maksu sibuk je eh. gamba mane? haha

cg shikin : haha budak2 lagi time tu cg oi. ana mmg ade masalah sikit nak ingt bende yg dah lepas. hehe

Anonymous said...

elelele

amzyami said...

dulu2, ana kalau makan telur rebus mesti pening. haha, padahal mindset je. sekarang, kalau minum air jambu yang sae belanja mesti bahagia. er, tu dikira mindset jugak ke? :P

sairisya said...

mirer- yeah, telur rebus memualkan tekak. rite? hehe. ehem, ini mcm bukan dikira mindset. lebih kepada mengingatkan janji? hahaha. tunggu jumaat ni. ;)

amzyami said...

tapi sekarang ana biasa biasa je makan telur rebus? hahaha. tapi kuning telur tak berapa. tak best. hahaha.

baik, ana tunggu jumaat ni. takde alasan sebab xpdc dah habis. hahahah!

sairisya said...

telur rebus bukan ade telur kuning? haha pelik pelik lah nt. choosy! ceh ckp org. hehe.

yes, xpdc dah habis. tapiii, netball splendour? *angkat kening* haha

amzyami said...

ye la, makan yang putih je.yang kuningnya kasi la kakak ana,apa susah. hahahahaha.

mengada nak ber-angkat kening angkat kening kan. netball splendour habis esok *balas-angkat-kening* :P