Friday, June 12, 2009

Dari Dapur Hijau


Salam. Yeaahh, cuti sekolah mempamerka
n muka beliau lagi. Aicewah dah nak habis cuti dah kak oi, baru nak cakap ke. Haish, hehe. Maaf lah ye. Keterlewatan otak memproses maklumat. Haha merapu. Huda siap dah merajuk, dah mengamuk dah dia saya tak update. Nasib baik dia tak lancarkan perang dingin. Hehehe. Okay, sebenarnya idea dalam kepala otak memang kering kontang macam air kat padang sahara nun. Tapi tak sanggup dan tak tahan bila Huda dah marah. *Promote Huda. Semuanya Huda. Haha. So, based on the title, biasa lah kan kami cuti-cuti sekolah ni, program masak-memasak tu memang wajib lah. Konon mempersiapkan dirilah. Haha sengaal. Haritu sebab dapur warna biru, kali ni dapur warna hijau pula. Heh.

Menu kali ini pada asalnya :

1. Chicken pie
2. Cheese cake
3. Chocolate Fudge Brownies
4. Spaghetti Carbonara
5. Aiskrim Soda Bandung
6. Kuih Chara

Tiba-tiba sesat satu masakan tradisional dalam banyak-banyak masakan western tu. Ceh, bajet banyak je. Itu kerana Wardah cakap, " Mak ana suruh buat satu masakan tradisional. Kalau kite tak belajar nak buat, sape lagi nak buat. Bayangkan nanti generasi akan datang, dah tak dapat nak rasa kuih-kuih tradisional ni." Hah lebih kurang lah ayat. Tapi disebabkan masalah teknikal yang agak besarlah jugak, 2 menu ditempat teratas dalam list terpaksa di'cancel' pada saat-saat terakhir.


Spaghetti Carbonara


Kami start memasak pukul 1 petang. Ingatkan nak tunggu Aisyah dari 'orchard' dan 'workshop' bawak santan untuk kuih chara. Tapi sebab perut semua dah berkonsert, spaghetti carbonara dimasak terlebih dahulu. Dah siap masak, semua menghala ke meja makan. Nampak sangat kebulur. Haha. Sementara tunggu chocolate fudge brownies siap dibakar, kami solat zohor dan Aisyah pon sampai. Sekali dia tak bawak santan! Aisyah niii, memang nak kene cubit! So, terpaksa la jugak keluar ke kedai beli santan. Memang lambat la kami masak. Siap masak semua pukul 5 petang.


Chocolate Fudge Brownies



Lepas makan-makan dan solat asar, semua serbu luar rumah. Main badminton. Seronok jee. Then, tak sah la kan kalau tak tangkap gambar cacat-cacat. Hehehe. Dah puas, pukul 7 gerak untuk pulang. Balik terus pengsan. Penat sangat. So, itu jela nak cerita. :)


Kuih Chara



p/s : Huda dan saya nak masak lauk-pauk pula lepas ini. Then kami nak ajak ramai orang. Buat ala-ala buffet. Tak pon, bagi menu dan cakap saja mahu apa. Kami buat. Aicewah. Haha





14 comments:

hanisah~ said...

eh..kuih cara gune santan ke? apehal yg ana dok selalu buat dekat rumah tu tak gune? Peleiiikk..peliik...
hamboi, hamboi, seronoklah mereka memasak eh..takde ana. hehe XD

Khalilah Alhuda said...

serius...
i love this post!!!
muah3..
ceh, mcm ape je..
ske sgt org promote..
haha..

okey, promise, kita akan masak lauk dan melayan org lain sbg ttamu..
huhu..bila la tuh??

Khalilah Alhuda said...

eh, kuih cara gne santan le..
ikut resepi buku..
haha..
ada je yg xde santan..tp,ktorg buat ade santan..
tension je tggu ecah bwk santan..
rupa2nya xbwk..
hangiiin je..he3

sairisya said...

hanisah : ouh takde kee? ntah. kami ikut resepi. haha. eh nape nt tak datang hah?

huda : haha u gebalah tau huda. hehe.

tula, bile eh nak masak lauk tu. nnt kite fikirkan, yeaahh. huahaha.

hoi, kantoi ikut resepi buku ouh. haisshh. lain kali senyap2 sket. haha

Anonymous said...

bile teringat esah cite dia g kebun ayah dia n mandi manda kt sungai..pastu kite kirim dia santan n ais n dia dtg bawak sayur je..cgu rse tym uh nk campak dia dr bilik wardah ke tingkat bawah dapur uh..pastu di sambut oleh kak AS (ceh konon x nk la kejam sgt)...tp seb baek tym uh bru pas solat, so masih beriman lagi..hahaha...

Khalilah Alhuda said...

HAHA..

cg bajet xkejam la..
haha..
ecah2..

Anonymous said...

ehh x kejam pun tindakan uh..klu cgu suro dia jalan kaki balik sambil cgu bwk kete perlahan2 mengiringi dia..hah tu mmg kejam..hahaha..

hanisah~ said...

haahh dah sah anak dare x reti buat kuiiihh, resipi kuih cara yg senang tu pon tak haapal..4 bahan je beb~

ateyyyy said...

ana suke gbr bawah sekali..
haha sesat..

sairisya said...

haha. tak baik kutuk aisyah. cubelah fhm keadaan die. dr pagi di orchard. lpstu ke workshop. haha tak tahan bile cg tnye orchard tu ape. blur jee. hehe.

Anonymous said...

sbb kat singapore ade nama jalan uh ORCHARD ROAD... tu yg cgu terpk.."hah?..aishah g singapore ke?"..nt nihh sae..jap g cgu jumpe nt..cgu cubitttttt

hanisah~ said...

hahah cg..orchard road. orchard road tuh pon amek sempena kebun buah kan..

Omar Ahsan said...

mmg sume masak mcm dah nak kawin.
bagus jdlah isteri yg pandai masak.

sairisya said...

erk *terkesima sebentar*.
baiklah, terima kasih atas pesanan itu.