Ada tiga jenis rumah.
1)Rumah sang Raja, di dalamnya ada isi, harta dan perhiasan yang berharga.
2)Rumah Rakyat Biasa, di dalamnya ada isi, harta dan perhiasan yang sedang-sedang saja.
3)Rumah si Miskin, tidak ada isi yang berharga didalamnya.
1)Rumah sang Raja, di dalamnya ada isi, harta dan perhiasan yang berharga.
2)Rumah Rakyat Biasa, di dalamnya ada isi, harta dan perhiasan yang sedang-sedang saja.
3)Rumah si Miskin, tidak ada isi yang berharga didalamnya.
Jika ada seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya? Tidak mungkinlah ia akan masuk ke rumah yang kosong kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya.
Pencuri juga akan berfikir berkali-kali jika ingin cuba mencuri di rumah raja, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh banyak penjaga dan pengawal.
Rumah si Miskin diibaratkan hati yang kosong dari kebajikan. Iaitu hati orang-orang kafir dan munafik yang sudah dikuasai syaitan, yang telah menjadikannya sebagai tempat tinggal mereka. Maka adakah pencuri akan datang untuk mencuri dari rumah itu sedangkan yang ada didalamnya semuanya telah habis ‘dikuasai’ syaitan ? Hati jenis ini telah dikuasai nafsu Amarah (nafsu yang selalu mengajak pada keburukan).
Sedang rumah sang Raja diibaratkan hati yang telah dipenuhi dengan perlindungan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya. Penuh dengan kecintaanNya dan sentiasa dalam penjagaan-Nya. Syaitan mana yang berani memasuki hati yang kaya ini? Walau demikian, syaitan adalah makhluk yang selalu nekad menjerumuskan siapapun termasuk hati yang kuat seperti rumah raja ini sekalipun kedalam neraka. Namun kuatnya penjagaan dan pertahanan rumah jenis ini akan mampu menghalang godaan dan bisikan syaitan. Nafsu Muthmainnah (nafsu yang selalu mengajak kepada kebaikan ) yang menjaga dan menguasai hati jenis ini.
Rumah Rakyat Biasa diibaratkan hati yang di dalamnya sudah ada tauhid Allah, sudah mengerti tentang Allah dan mencintaiNya serta beriman kepadaNya. Namun didalamnya masih bersemayam pula syahwat yang kurang dikendali, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini diantara dua jalan. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata. Dan kadang cenderung kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela. Hati macam inilah yang menjadi sasaran syaitan, kerana memiliki potensi yang besar untuk ditaklukkinya. Inilah jenis hati yang memiliki nafsu yang berada diantara jalan menuju kebaikan dan keburukan (nafsu Lawwamah).
Syaitan hanya boleh mentakluk jenis hati yang dikuasai nafsu Lawwamah ini dengan memanfaatkan titik-titik lemah yang ada di hati tersebut. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya yang berupa syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati. Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya jalan untuk menetap di hati tersebut.
Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang dapat mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syaitan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata. ”Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Ali Imran:126)
Jangan biarkan hati kita ibarat rumah rakyat biasa. Sebaliknya jadikanlah ia ibarat rumah sang Raja. Peringatan buat diri yang sememangnya lemah.
No comments:
Post a Comment