Cuti sekolah hampir sampai ke penghujungnya. Maknanya, sekolah-sekolah akan kembali beroperasi tidak lama lagi. Sibuk lah guru-guru dan kakitangan-kakitangan menguruskan kemasukan pelajar baru terutamanya di pejabat itu. Kami pengawas Sekolah Menengah Islam Al-Amin juga terpaksa mengorbankan cuti kami selama tiga hari untuk adik-adik form 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah menengah.
2 Januari 2009 :
Program start pukul 8.30 pagi. 8. 40 pagi baru saya terjaga dari tidur. Terkocoh-kocoh bersiap. Mandi pun ala-ala je. Breakfast tak sempat sentuh langsung. Okay, hari ini santai-santai saja. Tiada aktivit berat. Taklimat saja satu hari. Duduk dari pagi sampaaaai petang. Lenguh satu badan, sengal-sengal semua. Adik-adik Form 1 pun macam kebosanan. Kepala sudah telentok-lentok. Semua nampak senyap, diam. Bagus. Tapi mana boleh nilai lagi kan. Baru first day. Belang masing-masing tak keluar lagi. Heh. So, kesimpulannya macam tiada apa yang hendak diceritakan. Kita bergerak ke hari seterusnya.
3 Januari 2009 :
Pagi itu disambung dengan taklimat kaunseling dari Cikgu Masitah dan kemudiannya taklimat HEM (rasanya) oleh Cikgu Latipah. Cikgu bertaklimat di hadapan, saya dan Huda bertaklimat di belakang. Bincang tentang treasure hunt. Hehehe.
Selepas rehat, LDK 1 bermula. Game 'Buta, Pekak dan Bisu' dijalankan. Jikalau explorace permainan ini menggunakan batu dan harus disusun-susun, orientasi kami ubah sedikit memandangkan batu-bata tidak ditemui. Mereka harus melukis mengikut gambar yang telah kami sediakan.Sementara itu kami dari dalam surau, melihat hujan turun mencurah-curah di luar. Haiisshh. 'Macam kene cancel je treasure hunt,' bisik hati saya.
LDK 2 (treasure hunt) yang akan dijalankan selepas LDK 1 akhirnya dibatalkan. Kesian pula kat adik-adik nak berbasah kuyup meredah hujan. Tak pasal-pasal demam anak orang nanti. Sekolah pula bakal bermula tak lama lagi. Akhirnya saya dan Syi berjaya memikirkan backup plan. Kami mendapat inspirasi dari kerusi! Haha. Ada sejarah yang susah untuk diterangkan disini. Hehe. Mereka harus duduk disebelah peha kawan sebelah mereka dan bertahan selama mana yang boleh. Berbagai-bagai aksi dapat dilihat. Geli hati sungguh. Haha.
Selesai game, makan tengahari satu dulang bersama adik-adik yang comel. Best usik mereka. Hehe. Selesai makan, solat zohor berjamaah dan pulang.
4 Janurai 2009 :
4 Janurai 2009 :
Hari Jumaat cuma duduk dan dengar saja. Tiada pergerakan otak dan badan. Hari Sabtu, otak sudah berjalan. Jadi hari ini, kekuatan fizikal pula kami akan uji. LDK2 akhirnya bergabung dengan LDK 3. Treasure hunt yang objektifnya untuk melawat sekolah, kami sekalikan dengan explorace gara-gara hujan semalam. Okay, ada 8 checkpoint yang mereka harus cari dan lakukan tugasan-tugasan yang telah disediakan. Kami tidak berikan klu, kami hanya berikan kertas warna. Dan mereka harus cari warna-warna tersebut disekeliling sekolah mengikut kertas yang mereka dapat. Macam susah tak, sebab takde klu? Tapi biar jelah kan? Hehe. Merayau-rayaulah mereka disekeliling sekolah mencari warna-warna yang hilang. Haha.

Selesai treasure hunt + explorace, mereka harus membina negara mereka sendiri dan bentangkan. Aduuuhh. Macam-macam bentuk ada. Pening kepala lihat. Tapi takpelah. First time main, semua macam blur. Huaahh. Selesai presentation, kami semua pulang.
Selesai treasure hunt + explorace, mereka harus membina negara mereka sendiri dan bentangkan. Aduuuhh. Macam-macam bentuk ada. Pening kepala lihat. Tapi takpelah. First time main, semua macam blur. Huaahh. Selesai presentation, kami semua pulang.
p/s: gambar tidak lawa. kamera bukan SLR. heh
7 comments:
haha cg bru nk ckp "sae apsal gmbr x cantekkkk huh eiii"..tp nt da maklum lebih awal..bgus..ima
cg shikin poyo la.ape lg,bli la slr.kan da survey hrtu
hahaha. ana tulis awal2. nnt cg cmmnt lagi. sbb aritu cg da ckp buruk. haha. langkah bejage2
sape 'nak dslr'...uh
kpd saidatul syazana bt. syazri...
sile hantar borang pakej anda jika hendak teruskan pengajian di al-amin sekarang!!!!
cegu alya yg suruh tulis kt blog...
anti ngan khalilah 2 tk hantar lagi!!
hahaha...hasif kejar smpi kat BLOG!! hahaa
salam.post jadeed : GAZA ON FIRE!! silakan ziarah..
comment 4 ths post : gmbr ana takde...so tak lawar..hehe..ana kat pejabat buat penyelarasan murid-murid f1..
haha. kesian kak azah. takpe takpe. nnt kte tngkp gamba lg skali eh. sme2. haha.
tula hasif ni ouh. smpi dlm blog pon nak keja. hahah. bersmngt waja btol
Post a Comment