"Nanti kalau dah habis, call la eh" kata Baba sambil memberhentikan kereta ditepi jalan.
"Baba nak pergi mana?" tanya saya.
"Nak pergi jogging dekat-dekat sini je," balas Baba
"Hmm okey lah," jawab Ibu.
Kami berdua pun keluar dari perut kereta. Baba kemudiannya hilang bersama-sama kereta yang dipandu. Setelah sekian lama tidak ke pasar tani, akhirnya saya dengan sukarela mengikut Ibu pada pagi Sabtu itu.
Pertama sekali kami ke gerai tudung yang sarat dengan tudung
Kemudian, kami ke gerai ikan. Pilih,pilih,pilih. Bayar wang dan jalan. Bergerak ke gerai sayur pula. Situasinya sama saja seperti di gerai ikan tadi.
Okey, sekarang masa untuk pulang. Matahari sudah mula terik. Jam hampir menunjukkan pukul 9.30 pagi. Ibu mencari handphonenya didalam bag untuk meng'call' Baba. TIDAK ADA! Bertenang. Cari semula. JUGA TIDAK ADA. Okey, sekarang kami gelabah. Macam mana nak balik? Fikir fikir. Saya pula terasa malas untuk mengambil handphone didalam bilik sebelum keluar tadi. Nak pergi pasar je pon. Buat apa nak bawa handphone kan? So, bila jadi macam ni padan muka. Hahaha
Kami pun berpusing-pusing di pasar tersebut mencari handphone Ibu. Gerai tudung tadi menjadi destinasi kami. Mana lah tau, kot-kot tertimbun dek tudung yang banyak itu. Apabila tidak menemukan barang yang dicari, kami menuju ke gerai ikan, kemudian ke gerai sayur dan seterusnya. Usaha kami bagai mencurah air ke daun keladi. Tak berguna.
Memandangkan plan A tidak berguna, kami terus ke plan B. Pasar Tani di Taman Melawati ni macam agak 'faymous'. Saya terserempak dengan Aunt Ju ( Mak Far) dan juga Aliyah Shahirah sepanjang ber'shopping' disini. Anith kata disini jugalah tempat keluarganya membeli bahan basah untuk dapur. Didi juga. Okay stop. Saya dan Ibu pun mengelilingi kembali pasar tersebut untuk mencari orang-orang yang 'familiar' untuk meminjam handphone dan meng'call' Baba untuk pulang.
Plan C dijalankan jua apabila plan B menemui jalan buntu. Kami mencari wartel ( warung telefon). Biasalah awal-awal pagi ini, kedai juga masih tidur. Hahhh. Buntu buntu. Akhirnya kami merayau-rayau di sekitar Taman Melawati tersebut. Kaki sudah sakit, baju sudah dibasahi peluh. Sabar sabar. Ibu pula sudah membebel memarahi Baba kerana Baba masih berdegil untuk menghantar kami walaupun Ibu sudah membuat keputusan untuk kepasar sendiri pada mulanya. Saya pula dalam hati, ' Sumpah taknak pergi pasar dah lepas ni'. Geram punya pasal. Tapi boleh ke camtu? Hahaha
Berjalanlah kami tanpa arah yang pasti. Tiba-tiba Ibu seakan-akan terlihat kereta kami.
"Tu kereta kita kan?" tanya Ibu.
"Entah. Tak tahu," balas saya.
Sedang kami ingin menghampiri kereta tersebut, kami terlihat Baba. Ibu terus pergi ke arah Baba dan memarahinya.
"Tula awak, kan tadi saya dah kata nak pergi sendiri," marah Ibu.
Baba hanya mampu terdiam. Pada mulanya saya juga agak geram. Setelah sekian lama tidak ke pasar, ini yang saya dapat? Nasib nasib. Kegeraman saya akhirnya hilang juga saat melihat Ibu memarahi Baba. Terasa ingin ketawa saja. Kenapa? Entah lah. Macamm..comel saja. Hahaha. Sepanjang perjalanan pulang, saya tersenyum sendirian. Kenangan di pasar.
Handphone Ibu? Tak siapa tahu dia dimana. Selamat ditangan perompak kot. Entah lah. Petang itu kakak pulang dari kolej dengan membawa (sebiji ke sebuah?) handphone baru untuk Ibu. Pastinya yang lebih canggih dari handphone Ibu yang dulu. Lebih canggih dari handphone saya. Heh. Kakak membeli handphone tersebut dengan wang belanja yang diberi oleh Ibu dan Baba dan memang sudah lama bercadang untuk memberinya kepada Ibu memandangkan handphone Ibu semakin dhaif. So, bagus juga handphone Ibu hilang. Kan? ;)
10 comments:
menarik !
ahaha :D
menarik? yeke? haha biase je kut. ngehehe
model fon pe??
hah? knape tetbe je nak tnye model phone? pelek. hmmm nokia.
ayat yg akhir tuh..lawak jer..huhu..
haha. ayat yg mne satu cg?
sae pergi pasar??
walla...!!
ngenge2..
haha knape huda? tak percaya? hahaha
mmg xcaye..
kwang3..
Post a Comment